Friday 27 May 2011

Teknologi Wireless!!


Perkembangan teknologi komunikasi wireless telah menyumbang kepada pengeluaran alatan komunikasi terkini. Berikut
merupakan beberapa teknologi wireless yang terlibat :

WLAN

WLAN merupakan teknologi komunikasi data terkini yang
menawarkan capaian internet kelajuan-tinggi disekitar
kawasan yang mempunyai liputan hotspot melalui komputer
riba atau PDA. Teknologi WLAN telah menyumbang
kepada pengeluaran komputer riba termaju, kebanyakannya
terdiri daripada binaan yang menyokong WLAN secara
tersedia. Dengan ini pengguna tidak lagi perlu membeli
peralatan tambahan untuk membolehkan capaian dibuat
kepada terminal penerima isyarat WLAN (Access Point).BLUETOOTHTeknologi Bluetooth membolehkan pengguna berada dalam
Rangkaian Kawasan Peribadi (Personal Area Network)
dengan mewujudkan medium komunikasi diantara
peralatan-peralatan yang mempunyai sokongan Bluetooth
pada persekitaran mereka. Telefon bimbit, PDA, komputer
riba, dan kebanyakan alatan IT terkini dibina bersama
Bluetooth.

GPS

Global Positioning System (GPS) merupakan sistem navigasiradio yang meliputi rangkaian seluruh dunia daripada
gugusan sejumlah 24 buah satelit dan stesen bumi. GPS
menggunakan  "man-made stars" sebagai pusat rujukan
kepada pengiraan kedudukan yang tepat bagi setiap meter.
Disamping itu, GPS juga mampu untuk membuat ukuran
yang lebih baik bagi sistem yang lebih kritikal sehingga
mencapai ketepatan dalam ukuran sentimeter.GPRSGeneral Packet Radio Service  (GPRS) merupakan piawaian
bagi komunikasi wireless yang dapat beroperasi pada
kelajuan sehingga 115kbps berbanding dengan sistem GSM
(Global System for Mobile Communications) sebelum ini.
GPRS menyokong lebar-lajur sekitar kawasan yang luas
disamping menyokong transaksi data dalam saiz yang lebih
besar.

J2ME

Java 2 Platform, Micro Edition (J2ME) merupakan satu lagi
platform bagi pembangunan aplikasi alatan mudah alih yang
telah diperkenalkan oleh JavaTM selepas aplikasi pada
desktop (J2SE) dan pada application server (J2EE).Aplikasi
J2ME banyak digunakan dalam peralatan mudah alih terkini
seperti telefon bimbit dan juga PDA dengan menyediakan
kemudahan muat turun (download). Beberapa contoh
aplikasi menggunakan J2ME adalah permainan elektronik,
e-commerce, produktiviti dan juga khidmat informasi

No comments:

Post a Comment

SAHABAT

SAHABAT
Firdaus Arip

PLeZz Tgok N Komen,,,,,,,,,

FOLLOWERS