Saturday 7 May 2011

Filem Spider-Man Terbaru Bertajuk The Amazing Spider-Man??




21 FEB 2011: Filem Spider-Man terbaru sudah menjadi buah mulut di seluruh dunia semenjak tahun lepas lagi. Pada bulan Julai 2012 pasti menjadi sejarah buat peminat Spider-Man di mana filem ini dijangka akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia.
 

Columbia Pictures milik penuh Sony Pictures Entertainment telah mengumumkan tajuk filem yang rasmi untuk siri terbaru Spider-Man iaitu 'The Amazing Spider-Man' pada 14 Februari 2011 di Culver City, California.

 Filem ini masih dalam pembikinan dan kesemua proses pengambaran dalam bentuk 3D. Tidak ada sinopsis yang dikeluarkan oleh pihak Columbia Pictures mengenai filem ini, desas-sesus ada mengatakan filem ini akan menceritakan Peter Parker (Spider-Man) di zaman sekolah sama seperti filem pertama 'Spider-Man' pada tahun 2002.

 Mungkin cara penceritaan yang berlainan sama seperti komik-komik Spider-Man yang sudah bermula dari tahun 60an lagi, yang paling nyata watak Mary Jane tidak ada dalam filem ini.

 Watak Peter Parker dibawakan oleh Andrew Garfield, beliau pernah berlakon dalam filem Social Network pada tahun 2012. Kalau dalam filem-filem Spider-Man yan terdahulu watak heroin iaitu Mary Jane menjadi gadis impian Peter Parker tetapi lain pulak si heroin dalam filem terbaru ini.
 

Heroin terbaru tersebut ialah Gwen Stacy lakonan Emma Stone. Kalau anda peminat komik Spider-Man pasti tahu kisah Gwen Stacy ini, dimana beliau adalah cinta pertama Peter Parker sebelum Mary Jane. Musuh Spider-Man kali ini ialah Lizard lakonan Rhys Ifans dan Proto-Goblin lakonan dari pelakon Bollywood iaitu Irrfan Khan.
 

Filem 'The Amazing Spider-Man' diarahkan oleh pengarah yang agak kurang berpengalaman iaitu Marc Webb. Filem arahan pertama beliau ialah filem '(500) Days of Summer' pada tahun 2009 yang mendapat kritikan yang positif dari kalangan karyawan dan peminat filem Hollywood, sebuah filem drama cinta berunsur komedi yang ringan.
 

Filem 'The Amazing Spider-Man' adalah arahan filemnya yang kedua. Tugasan yang agak berat buat Marc Webb, moga beliau dapat menghasilkan filem Spider-Man yang terbaik untuk tontonan kita bersama.

No comments:

Post a Comment

SAHABAT

SAHABAT
Firdaus Arip

PLeZz Tgok N Komen,,,,,,,,,

FOLLOWERS